Le Gadis



Eyqa Razak
Johor Bahru
dua puluh dua
Masscom|UiTM Shah Alam
Founder of Marshelicious

kebahagiaan itu adalah suatu ketenangan




Klik Laju-Laju


powerbank punya hal
Tuesday, 23 July 2013 | 2 comments
Assalamualaikum..

zaman sekarang semua dah canggih2 termasuklah handphone. semua brand tgh berebut nak keluarkan model yang nipis dan membuatkan kami semua terliur.. ohhh samsung galaxy s4 .. T.T

bercakap mengenai handphone, mmg niat aku nak tukar fon.. semenjak blackberry aku dah mmg nazak tahap kritikal. dia on okay tapi after 5 minutes dia screen dia putih.. wehhh mcm nak menagis je rasa. gua jaga lu elok kott.. mungkin dia jeles kot sbb aku pakai dua fon. satu bb satu samsung. so bila bb diabaikan dia mula lah cari pasal nak minta simpati.. tapi bila dah jd mcm tu memang takde niat lah nak betulkan. dulu dah pernah betulkan,, RM100 jugaklahh tapi bila dah jd lagi aku rasa malas. better beli fon baru je. senang.

sekarang ni aku pakai model samsung s plus. tersangat lahh puas hati sebab dia touchscreen dan sangat best. dulu masa pakai bb jeles dengan org yg ada instagram. yelahh post gambar makanan, aku pun nak post jugak.. bhahaha then bila dah pakai samsung dah mula gila dengan game candy crush. siapa yang pakai samsung cnfm dia tahu game tu. stress pulak bila dah kalah then kne mintak nyawa kt kawan2.

bila dah mula bersosial dan bergame je memanjang fon pulak selalu kehabisan battery. charger pun kadang2 tak bawah kalau nak berjalan. itulah masalahnya. perempuan sangat normal lah kalau keluar amek gambar . dan bukan satu dua je, berpuluh2 kot. so dengan itu lahh aku selalu kehabisan battery saat aku perlukan. selalu habis battery bila time nak balik. mulalah kelam kabut nak call mak kita nak bgtw balik mcm mana apa semua.. then bila tak bgtw sah-sahlah mak kita akan risau kan. then bila balik je ada je sindirian,,
macam ni,,

handphone mahal-mahal kalau tak dpt call tak guna. campak je kat laut T.T

sentap kan ayat. bukan tak nak call tapi bila dah habis battery nak charge celah mana kan.. mulalah buat muka kesian kt membe pinjam fon. dengan kredit dia sekali. kalau sekali dua takpelah kot tp kalau dah selalu ada kne baling fon dengan membe tu pulak..

so, aku decide nak cari powerbank. banyak dah powerbank yang tak ori ni. murah satu hal, lepas aku tahu dari seseorang ni, dia ada bgtw psl powerbank yang dia pakai, seminggu je. lepas tu terus jahanam. so dia pun tak bg lah aku beli brand Y*****. walaupun design dia mmg lawaa sbb ada transformer tapi aku takan tergoda dgn design tu! quality is more important okay!!

aku terbaca belog irine, dia ada bgtw psl powerbank yang cousin dia jual. menurut dia powerbank dari pineng ni berkualiti sebab benda ni original dari kilang.. mula tu aku tak lah percaya dengan benda ni.. bila dah usyar blog, and facebook the faiz ibrahim aku tgk ramai customer dia puas hati dengan powerbank dia. bukan tu je, instagram dia pun aku follow. nampak tak, telitinya aku nak cari powerbank punya pasal.

dari batch18 aku decide nak order powerbank dari the faiz ibrahim tapi masih lagi tak dpt sbb customer dia terlalu ramai. tunggu punya tunggu sampai batch 20. dan hari ni lah batch 20 tu,, website dia dah mula jammed. perhh sedih! tak dapat lagi. so kne tunggu batch 21 la gayanya sebelum dia bercuti raya.. ohh please hope dapat lahh order powerbank yang awesome tu..



yang ni tak silap aku 11200 Mah. aku tergugat dengan warna emas ni. dah mcm bongkah emas weh.. cnfm orang akn cakap benda ni mahal. tapi sebenarnya tak. untuk 11200 ni RM 150 je. berpatutan kan.


actually powerbank yang dia jual ni bukan satu je. tgk lah macam2 design ada. dari kecik sampailah besar kapaciti dia. 

so review pasal powerbank ni,, kita tunggu sampai aku dapat order benda ni.. then boleh lah buat review pasal powerbank ni kan..

facebook the faiz ibrahim klik sini
website dia sini
blog dia sini

selamat mencuba !



Older Post | Newer Post